Hubungi Kami
Mengenai Kami

Sejarah Profession

Sejarah Profesion Juruterapi Pergigian

Juruterapi Pergigian adalah personel 'front-line' pergigian yang memainkan peranan penting dalam perkhidmatan kesihatan pergigian kepada kumpulan sasar umur 18 tahun ke bawah. Kumpulan Juruterapi Pergigian adalah satu-satunya kumpulan 'operating auxiliary' yang menjalankan rawatan kesihatan pergigian asas kepada murid sekolah sekolah, tadika, pra-sekolah dan toddler di bawah pengawasan Pegawai Pergigian. Juruterapi Pergigian juga melaksanakan aktiviti pendidikan dan promosi kesihatan pergigian.

Diwujudkan

Skim Perkhidmatan Juruterapi Pergigian Diwujudkan

Skim perkhidmatan ini diwujudkan untuk mengatasi kekurangan doktor pergigian yang kritikal pada ketika itu. Skim ini pada mulanya bertaraf sijil dengan kumpulan seramai 5 orang yang diambil dari Jururawat Kesihatan Umum. Juruterapi Pergigian menjalani latihan selama 3 tahun di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown & Pusat Pergigian Kanak-Kanak dimana sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Latihan Pergigian Malaysia.

1948

Evolusi

Had Umur Pesakit Dinaikkan

Had umur pesakit ditingkatkan ke 17 tahun pada tahun ini. Latihan Juruterapi Pergigian telah dipertingkatkan untuk merangkumi kompetensi pengendalian tampalan gigi hadapan dengan tampalan sewarna pada tahun yang sama.

1975

Naik Taraf

Status Sijil Dinaik Taraf

Sijil Kejururawatan Pergigian telah dinaik taraf ke status Diploma Kejururawatan Pergigian.

1996

Latihan

Latihan Pos Basik Diperkenalkan

Latihan pos basik untuk Juruterapi Pergigian telah diperkenalkan dengan empat (4) disiplin kepakaran pergigian dimana Juruterapi Pergigian memainkan peranan sokongan dalam membantu mengurangkan beban kerja pakar pergigian.

1998

Latihan

Latihan Dilanjutkan

Latihan Juruterapi Pergigian telah dilanjutkan kepada penggunaan Hanpis Berkelajuan Tinggi untuk mempertingkatkan produktiviti kerja di samping mengesyorkan keselesaan pesakit semasa rawatan.

2002

JPA

Penjenamaan Semula

Penjenamaan semula gelaran jawatan dari Jururawat Pergigian kepada Juruterapi Pergigian yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

1 Jul 2016

Akta

Akta Pergigian 2018

Juruterapi Pergigian mendapat pengiktirafan apabila Akta Pergigian 2018 diwartakan dengan peruntukan penubuhan Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia untuk pendaftaran juruterapi pergigian dan mengawal selia amalan pergigian dan bagi perkara-perkara berkaitan seperti:

  • Kelayakan untuk pendaftaran seperti dalam Jadual 2 dan Jadual 3.
  • Menjalankan amalan di sektor swasta di bawah pengawasan langsung Dr Pergigian dengan skop tugas di bawah Jadual 5 (had umur <18 tahun bagi tatacara klinikal) dan Jadual 6.

2018

Pencapaian Semasa

Sehingga kini terdapat seramai lebih dari 2800 orang Juruterapi Pergigian yang berdaftar di Malaysia.