VISI

Menjadi sebuah persatuan yang berdaya saing, kreatif dan berinovatif serta bertaraf global

MISI

Memupuk kesepakatan dan persefahaman di antara satu sama lain dan meningkatkan pembangunan diri ke tahap yang lebih cemerlang samada di dalam negara mahu pun di luar negara

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Menjadi penggerak, mengerat dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan sesama ahli.

  2. Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam bidang Kesihatan pergigian

  3. Memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam hal kebajikan kemasyarakatan dan pengetahuan.

  4. Menganjurkan persidangan, latihan, kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk kebajikan ahli-ahli.

  5. Menanam dan menerap nilai-nilai murni kepimpinan kepada ahli-ahli agar lebih efisien dan  berdaya saing berlandaskan penyatupaduan.