Juruterapi Pergigian adalah personel ‘front-line’ pergigian yang memainkan peranan penting dalam perkhidmatan kesihatan pergigian kepada kumpulan sasar umur 18 tahun ke bawah. Kumpulan Juruterapi Pergigian adalah satu-satunya kumpulan ‘operating auxiliary’ yang menjalankan rawatan kesihatan pergigian asas kepada murid sekolah sekolah, tadika, pra-sekolah dan toddler di bawah pengawasan Pegawai Pergigian. Juruterapi Pergigian juga melaksanakan aktiviti pendidikan dan promosi kesihatan pergigian.
Skim perkhidmatan ini diwujudkan untuk mengatasi kekurangan doktor pergigian yang kritikal pada ketika itu. Skim ini pada mulanya bertaraf sijil dengan kumpulan seramai 5 orang yang diambil dari Jururawat Kesihatan Umum. Juruterapi Pergigian menjalani latihan selama 3 tahun di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown & Pusat Pergigian Kanak-Kanak dimana sebelum ini dikenali sebagai Sekolah
Latihan Pergigian Malaysia.
Had umur pesakit ditingkatkan ke 17 tahun pada tahun.
Latihan Juruterapi Pergigian telah dipertingkatkan untuk merangkumi kompetensi pengendalian tampalan gigi hadapan dengan tampalan sewarna pada tahun yang sama.
Sijil KeJururawatan Pergigian telah dinaik taraf ke status Diploma Kejururawatan Pergigian
Latihan pos basik untuk Juruterapi Pergigian telah diperkenalkan dengan empat (4) disiplin kepakaran pergigian dimana Juruterapi Pergigian memainkan peranan sokongan dalam membantu mengurangkan beban kerja pakar pergigian
Latihan Juruterapi Pergigian telah dilanjutkan kepada penggunaan Hanpis Berkelajuan Tinggi untuk mempertingkatkan produktiviti kerja di samping mengesyorkan keselesaan pesakit semasa rawatan.
Penjenamaan semula gelaran jawatan dari Jururawat Pergigian kepada Juruterapi Pergigian yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
1. Juruterapi Pergigian mendapat pengiktirafan apabila Akta Pergigian 2018 diwartakan dengan peruntukan penubuhan Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia untuk pendaftaran juruterapi pergigian dan mengawal selia amalan pergigian dan bagi perkara-perkara berkaitan seperti:
Sehingga kini terdapat seramai lebih dari 2800 orang Juruterapi Pergigian yang berdaftar di Malaysia.
© Hak Cipta Terpelihara 2024 Persatuan Juruterapi Pergigian Malaysia